Hi, are you an alien? huh? tell me!

Entry | About | Board | Credit


apahal?
Greeting Text

Entah pape entah perangai. makin lama makin menjadi jadi. makin lama makin menyampah aku dibuatnya. tak tahu apa masalah tiba-tiba nak tarik muka. tiba-tiba nak hentak-hentak kaki konon marah. aku baru balik tahu buat salah apa tiba-tiba kena. bukan aku sorang je yang kena. orang lain yang tak bersalah pun kena juga. bila tanya kenapa ok ke tidak jawab nak taknak pandang muka kita pun tidak. whaaaaaaaaaaat?


ok kalau ada masalah sekali pun jangan lah bawak masalah tu kat rumah. and jangan drag orang lain sekali,  orang tak bersalah kot. tak tahu apa apa tiba-tiba kau buat orang macam tu macam tunggul. kau nak orang jaga hati kau tapi kau tak jaga hati orang lain pun. fikir lah weh.


bila dengan orang lain kau ok pula gelak macam orang gila nak runtuh rumah dengar suara kau je. bila kau masuk bilik tiba-tiba moody *kononnya* padahal kat luar kau gelak gelak. weh please lah. kau dah besar kan matured lah sikit. jangan perangai macam budak budak. ergh menyampah aku dibuatnya.


yang tak boleh tahan tu bukan dekat aku sorang je kau buat kat orang lain pun kau buat gitu. what the f*** doh. last week ok je gurau apa semua. tiba-tiba minggu ni balik kau buat macam kitorang ada buat salah besar je padahal takde salah pun. kalau ada sekali pun bagi tahu lah bincang macam orang dewasa bukan jadi macam budak-budak macam ni. apa yang kau buat tu salah. sangat salah.


kalau orang buat kau macam tu baru kau tahu rasa.

luahan daripada seorang roommate. haha

Older post / Newer post